Salam semua buat yang pertama kali masuk ke laman blog saya. Saya adalah pengedar sah Shaklee yang berada di Sandakan, Sabah. Saya pasti sudah ramai yang mengenali dan pernah mendengar nama Shaklee. Saya adalah antara pengguna Shaklee sejak Mei 2013 dan sehingga ke hari ini masih mengamalkan pengambilan supplement Shaklee.
Sebagai ibu kepada seorang cahaya mata, sudah pasti saya inginkan yang terbaik untuk anak saya dan bermula dari situ saya mencari produk kesihatan yang dapat memberi nutrien dan zat yang cukup untuk saya dan bayi . Mula diperkenalkan melalui seorang rakan (yang juga pengedar sah Shaklee pada ketika itu), saya mula mengambil set berpantang dan set pelangsingan. Shaklee telah memberi saya satu kejutan di mana hanya seminggu sahaja selepas mengambil supplement Shaklee, saya berasa sangat sihat dan bertenaga. Luka pada miss V juga telah sembuh. Bukan sahaja saya telah kembali pulih seperti biasa, berat badan turun mendadak selepas seminggu dan dalam tempoh hanya sebulan lebih, berat badan saya semasa hamil yang mencecah 71 kg telah turun ke 59 kg. Saya tidak berhenti di situ sahaja kerana berat asal saya semasa belum hamil ialah 54 kg. Kini, dengan pengambilan yang berterusan, berat saya telah kembali kepada berat badan asal. Siapa tak gembira kan? Saya tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan semula berat ideal saya kerana adanya Shaklee yang membantu saya. Percaya atau tidak, sehingga kini rakan-rakan sekerja selalu mengusik saya kerana kelihatan seperti anak dara. Seronok rasanya bila ramai yang puji. Secara tak langsung, saya mula bercerita tentang kebaikan Shaklee kepada rakan-rakan sekerja dan ahli keluarga. Dua bulan berikutnya, saya mula mengambil set penyusuan. Dengan izin Tuhan dan keistimewaan produk Shaklee, saya bersyukur kerana masih dapat menyusukan anak saya secara konsisten sehingga hari ini.
Pada bulan Nov 2013, saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar sah Shaklee dan memasang niat untuk memperkenalkan kepada ramai orang tentang kelebihan Shaklee kerana saya percaya masih ramai yang di luar sana belum pernah mencuba produk Shaklee yang hebat ini. Banyak lagi testimoni yang ingin saya kongsikan di sini tapi biarlah saya mulakan melalui testimoni saya sendiri terlebih dahulu. Setakat ini dahulu coretan saya buat masa ini.
Untuk free consultation atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di nombor, 0198212305 (Mrs Crest). Boleh juga whatsapp/wechat ataupun menghantar email kepada saya di, c8rest@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan